Cara Mencegah Sakit Gigi


Gigi sehat, bersih, dan kuat sudah pasti hal yang diinginkan banyak orang. Gigi yang sehat, bersih dan kuat tentunya dapat membuat anda lebih percaya diri ketika tersenyum dan berbicara dengan orang lain. Untuk mendapatkan gigi yang 'sempurna' ini sebenarnya tidak sulit. Kita tinggal rajin-rajin menggosok gigi.
Kegiatan ini wajib dilakukan. Sikat dan bersihkan gigi anda 2 hingga 3 kali sehari. Membersihkan gigi setiap hari selain berfungsi untuk menyegarkan nafas anda, juga dapat menjaga kesehatan gigi. Menggunakan congkel gigi juga boleh anda lakukan untuk mebersihkan kotoran yang tidak terjangkau dengan sikat gigi. Jika anda malas menggosok gigi, akan menyebabkan berbagai masalah kesehatan mulai dari terbentuknya karang gigi, gingivitis, plak atau bahkan koropos gigi itu sendiri.
Untuk mencegah sakit gigi Pelangi Gemilang ingin berbagi beberapa trik untuk anda semua :
1. Jangan Merokok
Merokok akan menyebabkan masalah kesehatan yang serius termasuk penyakit jantung dan kanser paru-paru. Tidak hanya itu saja, tahukah anda bahawa merokok juga boleh akan menyebabkan kerusakan pada gigi anda? Jika anda merokok, cubalah berhenti dari sekarang. Merokok boleh menyebabkan warna gigi menjadi kuning. Lama-kelamaan gigi juga akan mudah berlubang.
Kadang-kadang memberus gigi saja itu tidak cukup. Seiring berjalannya waktu, karang gigi akan terbentuk di gigi anda dan itu perlu dibersihkan. Periksalah gigi anda ke doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk membersihkan serta merawat gigi anda.

2. Kalsium yang Cukup
Kalsium tidak hanya baik untuk tulang, tetapi juga baik untuk gigi yang kuat. Gigi anda tertanam dalam tulang rahang. Jika kepadatan tulang rapuh, gigi anda tidak akan mempunyai pijakan yang kuat. Jadi, untuk mendapatkan banyak kalsium rajinlah makan makanan dan minuman yang mengandungi kalsium seperti brokoli, sardin, salmon, yoghurt, susu, dan keju.

3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk menjaga gusi anda sihat dan bebas penyakit. Vitamin C juga akan menguatkan pembuluh darah rangkaian ikat yang menahan gigi di rahang. Selain itu, manfaat dari vitamin C akan membantu mengurangkan keradangan gusi. Anda dapat meminum suplemen vitamin C untuk meningkatkan keehatan gigi atau makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan, kacang-kacangan, dan sayur-sayuran.

4. Minum Air Putih
Air membantu membersihkan sisa makanan yang tertinggal di dalam gigi. Jika anda tidak sempat menyikat gigi, minimal anda harus berkumur dengan air setelah seleai makan. Minum teh hijau tanpa gula juga baik untuk gigi anda kerana dianggap akan membantu mencegah kerusakan gigi. Teh hijau juga mampu untuk membunuh bakteri pada gigi. Dan teh hijau lebih kecil kemungkinannya untuk menyebabkan noda pada gigi berbanding teh biasa.



0 comments: